[x]

Tuesday, July 22, 2014

'Muhriz rindu ibu...'

  • Abu Ubaidah memangku Muhriz yang kelihatan sugul memegang gambar ibunya.Abu Ubaidah memangku Muhriz yang kelihatan sugul memegang gambar ibunya.
 1 / 1 
SEREMBAN – “Selasa lalu ibu masak banyak lauk. Ada kari daging, sayur dan ikan siakap tiga rasa. Lepas kami buka puasa bersama, baru ibu ke KLIA," cerita Muhriz Marzaidi, anak tunggal Mastura Mustafa 40, yang terkorban dalam nahas MH17, Khamis lalu.

Muhriz yang baru berusia 10 tahun adalah murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, di sini.

"Muhriz suka kurma ayam dan sup daging yang ibu masak. Sedap!

"Selalu, bila balik selepas pergi kerja beberapa hari, ibu mesti masakkan makanan kegemaran Muhriz walaupun Muhriz tak minta," katanya yang kelihatan seronok bercerita mengenai makanan kegemarannya yang dimasak ibunya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi.

"Tapi, lepas ni..." rona gembira di wajah Muhriz tiba-tiba berubah sayu. Suara Muhriz bertukar sebak.

"Muhriz rindu ibu..." mata anak kecil itu mula bergenang. Selalu ibu pergi kerja tiga atau empat hari dan paling lama pun hanya lima hari. Tapi kali ini ibu tak akan pulang lagi..."

Walau cecair jernih yang bertakung di matanya semakin kelihatan, Muhriz seolah berusaha menahan tangis.

"Ibu selalu cakap pada Muhriz, ibu dah gembirakan Muhriz, Muhriz pun kena selalu gembirakan hati ibu,” ada sendu di akhir ayatnya itu. Anak kecil ini walau kelihatan tabah, tapi nyata menanggung rindu pada ibunya.

Sewaktu Sinar Harian menziarah Muhriz, Exco Negeri Sembilan, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Adun Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid turut berkunjung di kediaman itu.

Sementara itu, bapa Mastura, Mustafa Abdul Samad, 83, berkata, dia berharap jenazah Mastura dapat ditemui dalam keadaan lengkap supaya dapat disempurnakan.

Katanya yang masih sedih dengan insiden yang menimpa anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dia juga mahu jenazah anak kesayangannya dibawa pulang ke tanah air supaya dapat disemadikan di sini.

“Walau dalam apa jua keadaan sekali pun, saya mahu melihat wajah Mastura buat kali terakhir.

"Yang paling penting dapat disemadikan di sini supaya ada kubur dan kami sekeluarga boleh selalu menziarahinya,” katanya dengan nada sebak.

0 comments:

Post a Comment