[x]

Monday, August 25, 2014

PELIK..!! Sungguh Mengejutkan!! Rekaan hijab yang tidak pernah kamu terfikir!

CR Fashion Brand telah mengemukan beberapa rekaan hijab yang agak ganjil dan pelik. Ia agak berbeza dengan hijab yang kita biasa lihat.

Hijab ini telah mendapat sambutan yang agak mengalakan daripada pengemar-pengemar fesyen. Hijab ini belum lagi diimport ke Malaysia.

Apa pendapat anda? Akan hijab ini menjadi popular di Malaysia? - www.panaskini.com





Read more…

Sunday, August 24, 2014

PANAS..!! Sharnaaz Ahmad Ingatkan Azwan Ali, Jangan Usik Anak Melayu.


Melalui artikel terbaru www.suara.tv Sharnaaz sekali lagi bertindak memuatnaik paparan skrin status milik Azwan Ali di Twitter yang tidak berpuas hati dengan kenyataan sesetengah pihak yang kurang senang dengan aksinya.

Malah dia juga menulis mengenai cara maklum balas Azwan yang mengguris hati orang Melayu.

Tanpa berselindung pelakon ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ ini mengutuk kenyataan Azwan Ali yang kerana tidak menghormati bangsa Melayu.

“Salam, khas buat abang Azwan Ali.

“Anak Melayu jangan diusik dengan perkataan menghina abang, celaka badan abang.

“Abang nak maki saya tak kisah sebab abang lagi tua daripada saya, saya dah tiada hormat pada abang, saya doakan abang yang baik-baik, tiada niat aibkan abang.

“Tetapi, kalau Melayu abang jentik, berwaspadalah sebab sekelilingmu adalah orang Melayu.

“Bukan tidak mahu tegur secara senyap sebab cara senyap juga akan bertukar cara tidak senyap bila di tangan Azwan.

“Ini bukan soal jantina, aib, peribadi tetapi ini soala bangsa Melayu yang dipijak kedaulatan. Mohon maaf kepada Melayu sebelum terlambat abang” tulisnya.






Sumber www.suara.tv

Read more…

Mengejudkan..!! Wajah sebenar ibu Nelydia Senrose.



Sebelum ini, pelakon wanita hebat seperti Nora Danish, Lana Nordin dan Emma Maembong telah berkongsi gambar wajah ibu mereka masing-masing di laman Instagram untuk tatapan peminat setia. Semuanya mendapat pelbagai respon dari pengikut-pengikut mereka.

Sebentar tadi pula ialah giliran aktres jelita, Nelydia Senrose untuk mendedahkan wajah sebenar ibunya yang belum pernah dilihat orang. Agak mengejutkan kerana raut wajah ibu Nelydia seakan serupa dengan pelakon arwah Rosnah Mohd Noor.

Perkara ini turut disedari oleh salah seorang pengikut kekasih Qi Razali itu di laman Instagram. Apapun, ibu Nelydia memang cantik dan menawan dengan mengenakan tudung.


Read more…

NGERI..!! Video Pembantu Rumah Gantung Diri (3 Gambar)

Ngeri !! Video Pembantu Rumah Gantung Diri (3 Gambar)

Gempar dan ngeri apabila sebuah page bernama Konsulat republik indonesia memuatnaik sebuah video yang bertajuk "PEMBANTU GANTUNG DIRI" . Memang ngeri.. pelbagai komen yang boleh kita baca di situ.. Tetapi rata-rata tidak mempercayai wanita tersebut membunuh diri.. Dipercayai berlaku di Arab Saudi.. Allahualam.. malas nak komen lebih-lebih, korang tengok sendiri..




Read more…

3 GAMBAR INILAH !!! Punca Penceraian Hattan?

Gosip yang tengah hot disebalik penceraian Hattan bukan calang-calang gosip. Semua orang tertanya-tanya punca sebenar penceraian Hattan dan Farah Asyikin yang perkhawinan mereka hanya mampu bertahan dua bulan sahaja.


Terbaru, satu lagi pendedahan mengenai Farah dimana satu email lama beliau menjelaskan dengan teliti bagaimana Farah mahu mengugurkan kandungannya secara rahsia di Singapura kerana mahu menjaga nama keluarganya.

Dalam satu temubualnya di Melodi, Farah menyatakan bahawa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan email tersebut.

Entah mahu percaya atau tidak, email sebegini boleh ditulis oleh sesiapa sahaja untuk memalukan Farah dan keluarganya. Mungkin anda boleh mambacanya namun jangan percaya 100% sebab mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan cara ini untuk membalas dendam.



Sumber: viralberita

Read more…

(5 Gambar Bukit Uhud) Haruman percikan darah Nabi dalam gua Bukit Uhud.



Editor ntv7, Redzuan Manap berpeluang memanjat masuk sebuah gua dalam jajaran Bukit Uhud di sini semalam yang merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dibawa oleh beberapa sahabat setelah tercedera dalam Perang Uhud.

“Gua berkenaan tidak luas dan saya terhidu bau wangi seperti mana dikatakan itu adalah haruman percikan darah Rasulullah di dinding gua tersebut," kata beliau sejurus keluar dari situ kepada petugas media Malaysia.
Untuk memanjat masuk ke gua tersebut memerlukan seseorang itu berkasut sukan dan berhati-hati kerana perlu terlebih dahulu mendaki dari kaki Bukit Uhud sejauh 100 meter yang penuh berkerikil dan berbatu besar.

Apabila tiba di depan gua yang separuhnya sudah disimen, kecekalan diperlukan lagi untuk memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter lagi.

Bukit Uhud merupakan kawa-san bersejarah yang dulunya mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.

Beberapa petugas media turut berdoa ketika melalui makam Saidina Hamzah berdekatan Bukit Uhud yang turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam Perang Uhud.

Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam Perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.

Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para syuhada yang lain tanpa batu nisan.

Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikeli-lingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.

Bagi mereka yang menziarahi kawasan itu akan dapat melihat bukit kecil berhampiran makam tersebut iaitu kawasan di mana pasukan pemanah berkuda me-langgar arahan Nabi Muhammad SAW apabila turun dari kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang sebelum tentera Quraisy menyerang balas.






Sumber: Hmetro

Read more…

GEMPAR !! Drama tebusan dua jam berakhir ejekan.

  • Meng jadi tebusan sepupu, buat seketika 
  • Meng jadi tebusan sepupu, buat seketika
  •  CHONGQING - CHINA. Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri.

Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China.

Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.

Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir.

Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya.

Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis. - SH

Read more…

5 Gambar Hot Leez AF4 Pakai Baju Renang Yang Sungguh Mengancam!


Jika korang peminat setia rancangan Akademi Fantasia, pasti korang kenal gadis ini. Leez atau nama penuh Leez Rosli merupakan seorang peserta AF4 yang mempunyai suara yang sememangnya merdu. Mempunyai raut wajah yang comel dan manja. Apa yang mencuri perhatian penulis, beberapa keping gambar leez hangat diperkatakan di laman sosial kerana memakai baju renang yang serba ketat dan menampakkan bentuk tubuh yang sangat seksi! kepada produser2 diluar sana, apa lagi sambarlah dia jadi pelakon memandangkan dia mempunyai pakej yang menarik! saksikan foto dibawah... 
sumber: viralberita.blogspot.com


Read more…

Friday, August 22, 2014

MH17: KISAH CINTA SEJATI JURUTERBANG MH17 YANG MENGHARUKAN

KISAH CINTA SEJATI JURUTERBANG MH17 YANG WAJAR DITELADANI. PETALING JAYA: Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

KISAH CINTA SEJATI JURUTERBANG MH17
Ahmad Hakimi (kiri) bersama isteri dan anak lelakinya, Abderrahman.

“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.

“Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya,” katanya.

“Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa,” katanya.

Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.

“Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.

“Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang,” kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.

“Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.

“Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid,” katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.

“Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”

Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah “bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar”.

Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.

Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.

“Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

“Dia berkata, ‘Muka macam Abderrahman’. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim,” kata Asmaa.

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.

“Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.

“Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui,” katanya lapor mStarOnline.

Read more…

[20GAMBAR] AKSI Tak senonoh..!! Pelajar-Pelajar Di China Yang Semakin Menjadi2.?

Ini bukan saja berlaku di China tetapi juga berlaku juga di negara kita. Masalah sosial dikalangan remaja semakin hari semakin teruk. Kalau tindakan tidak diambil, satu hari nanti, segalanya akan menjadi parah.

Adik-adik sekalian, jangan jadi macam ini ok.

Read more…

Full Video!!! Pelajar Perempuan Sekolah Menengah Bertumbuk Hingga Nampak Seluar Dalam.


Belum reda lagi kejadian buli di sekolah Kota Samarahan yang menjadi viral baru-baru ini, tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan yang tersebar di laman sosial.

12 jam yang lalu, tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah.Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit.




Punca pergaduhan tidak dapat dikenalpasti. Namun, yang pasti ialah kedua-duanya bakal menjadi glamour tidak lama lagi.Kejadian seperti ini semakin kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Persoalannya, salah siapa & mana usaha mengatasi permasalahan ini?? sumber-pilihan-anda.

Read more…

HATI2 BILA ANDA UPLOAD FOTO2 ANDA DI FACEBOOK.!! JANGAN JADI MANGSA MACAM GADIS CANTIK NIH..!!




BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?
Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu. 


SHARE untuk peringatan kepada orang lain.

Read more…

10 TEMPAT YANG DILARANG TENGOK DALAM GOOGLE MAPS.??


Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

Tempat tersebut adalah;

1. The Royal Residence, Belanda
Royal Palace Amsterdam di Belanda - dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam - menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile
Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina
Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia
Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun
Lapangan Terbang Minami Torishima - lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun - oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah
Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York
The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY - yang dibuka pada tahun 2010 - menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq
Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda
Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan.

Read more…