[x]

Thursday, July 31, 2014

ISRAEL PENIPU BESAR TUDUH MALAYSIA LATIH KAMI – HAMAS

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi
Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel. - astroawani.com

Read more…

SNOOP DOGG DAKWA HISAP GANJA DALAM WHITE HOUSE



Rapper Snoop Dogg mendakwa bahawa dia menghisap ganja di White House semasa lawatan terakhirnya ke tempat itu. Menurut artis tersebut, dia menyalakan dan menghisap ganja di dalam tandas White House.

Dia berbuat demikian ketika dalam satu segmen siaran langsung yang disiarkan secara online.

Dalam segmen tersebut, Snoop Dogg yang ditemuramah oleh hos Jimmy Kimmel, mengatakan dia telah meminta diri untuk menggunakan tandas di 1600 Pennsylvania Avenue, dan kemudian menghisap satu batang ganja seterusnya mengaku, dia adalah orang paling bijak pada saat itu. - SiakapKeli.com

Read more…

ZAYN MALIK ONE DIRECTION TERIMA UGUTAN BUNUH ISU 'TWEET' KONFLIK GAZA


AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter.

Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut.

Tweet Zayn Malik diulang tweet (retweet) sehingga 130,000 kali.

Sebaik sahaja dia memuat naik status itu di Twitter, peminat-peminatnya di Israel mula menyerangnya dengan memberitahu dia "kill himself" (bunuh diri anda sendiri) malah terdapat kenyataan berbaur ugutan "Let me kill you." (Biarkan saya bunuh anda).

Seorang pengikutnya menulis: "Zayn should say what he said I mean if we're such a terrorists like he said why wouldn't we kill him for saying that @ zaynmalik."(Zayn tidak mengatakan apa yang dia katakan, maksud saya jika kita umpama pengganas seperti yang dia katakan, kenapa tidak kita membunuh dia kerana berkata begitu @zaynmalik.)

Manakala yang lain menyatakan bahawa dia akan kehilangan semua peminatnya dari Israel.

Zayn bagaimanapun bukan merupakan selebriti pertama yang dikritik kerana menunjukkan sokongan buat rakyat Palestin. Penyanyi pop, Rihanna turut pernah dikritik kerana menulis #FreePalestine di akaun Twitternya yang diikuti seramai 36.4 juta pengikut, beberapa minggu lalu.

Rihanna turut mengalami nasib yang sama seperti Zayn apabila dikritik kerana mengeluarkan status berkenaan di Twitter. - mirror.co.uk

Read more…

GAZA: ANGKA KORBAN RAKYAT PALESTIN KINI 1,361 ORANG


GAZA: Rejim Israel meneruskan serangan ganas mereka ke atas Gaza dengan memberi alasan masih belum mencapai sasaran utama yang ditetapkan iaitu menghancurkan semua terowong pejuang Islam di sempadan. 

Bagaimanapun, jumlah angka korban di kalangan rakyat Palestin terus mencetuskan rasa cemas di peringkat antarabangsa. 

Kabinet Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meluluskan usul meneruskan serangan terhadap Gaza sejak 8 Julai lalu sebagai tindak balas serangan roket oleh pejuang Hamas. 

Masa yang sama, Israel menghantar delegasi ke Mesir yang menjadi orang tengah bagi berusaha mencapai persetujuan gencatan senjata dengan restu Amerika Syarikat. 

Sementara itu, pegawai Gaza berkata, sekurang-kurangnya 1,361 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam terkorban dalam serangan ganas tentera rejim. 

Israel pula kehilangan 56 askar dan tiga orang awam. - Reuters

Read more…

FARISH AZIZ MOHON MAAF, PADAM GAMBAR SELFIE DI KUBUR



KUALA LUMPUR – Selepas dikecam hebat oleh pengikut laman sosialnya gara-gara bergambar di atas kubur, pelakon dan pengacara, Farish Aziz, akhirnya membuat keputusan memadamkan foto berkenaan serta memohon maaf di atas tindakannya itu.

Farish bagaimanapun dalam permohonan maaf menerusi akaun sosial miliknya, semalam, tidak menyangka niat mengambil gambar ‘selfie’ di tanah perkuburan boleh mencetuskan kontroversi sedemikian rupa.

“Saya tidak menyangka niat berkongsi gambar meraikan Hari Raya disalah tafsir sehingga begitu sekali. Saya bagaimanapun menghormati teguran semua, dengan itu saya mengambil keputusan memadamkan gambar berkenaan.

“Bagi mereka yang berasa tersinggung dengan gambar itu, saya memohon maaf. Sekali lagi, saya tidak berniat hendak mempermainkan sesiapa mahupun soal agama. Maaf zahir dan batin,” kata Farish di laman berkenaan.

Isnin lalu, tindakan Farish yang memuatnaik gambar diambilnya sendiri di tanah perkuburan dikecam teruk oleh pengikut laman sosialnya.

Mereka menyifatkan pengacara dan pelakon itu tidak menghormati adab menziarah pusara apabila memijak satu daripada kubur di situ. – Berita Harian

Read more…

CUTI RAYA – TANDAS PUN NAK 'JEM'???



Dalam tempoh dua hari lagi sebelum Aidilfitra, jutaan rakyat Malaysia kini dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing.

Tidak dinafikan, kalau balik cuti biasa, jalan rayalah tempat yang paling sesak dan menstresskan. Tapi kalau balik cuti raya, bukan sahaja  jalan raya yang sesak, tandas R&R pun mengalami masalah 'JEM' ni.

Gambar yang dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook ini adalah suasana di R&R Ladang Bikam di Perak, sebentar tadi.

Memang kalau setiap kali cuti raya, begini lah jadinya. Yang hairanya, tiap-tiap tahun, masalah sama juga terpaksa dihadapi oleh pengguna jalan raya.

Kan bagus kalau ada pihak yang boleh tambah tandas kat R&R ni. Lancar sikit perjalanan balik raya tahun-tahun mendatang. - SiakapKeli.com

Read more…

PEMUDA BODOH..!! YANG MENYOKONG ISRAEL??

Innalillah wa Inna Ilaihi Raji'un. Di saat kita Membela Palestina, di saat yang sama pula di negeri ini ada sekelompok pemuda bodoh dan tak punya hati yang terang2an menunjukkan dukungan atau sokogan terhadap Israel. Harus diapakan ya orang-orang seperti ini? Lihat la mereka dengan rasa bangga..

Read more…

GEMPAK..!!!! MALAYSIA KINI 'POPULAT' DI ISRAEL

  • Malaysia 'popular' di Israel

SHAH ALAM - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.

Akhbar Jerusalem Post dan Haartz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.

Kesemua akhbar berkenaan  melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.

Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.

Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia..

Read more…

PLAT NOMBOR KERETA PALING SYARIAH COMPLIANT DI MALAYSIA






Read more…

RUMAH BOLEH UBAH SEPERTI TRANSFORMERS (13 GAMBAR)

Filem Transformers 4 ialah filem pertama tahun 2014 yang mencecah kutipan 1 Billion Dollar walaupun mendapat review yang sampah. Kami tak tengok kerana we got better things to do than watching explosion porn. Kami lebih prefer sesuatu yang lebih cool dari filem Michael Bay. Sharifi House yang terletak di Tehran Iran ialah rumah yang mempunyai konsep transformers. Tiga buah bilik di dalam rumah ini boleh bergerak keluar bagi memberikan ruang yang lebih besar kepada pemilik. Bilik ini boleh dikeluarkan dan dimasukkan bagi membolehkan udara dan cahaya memasuki ruang bilik apabila diperlukan. Sangat cool. Nampaknya di Iran ada juga bangunan moden yang lain dari yang lain. 


Read more…

KEJAM..!! MAYAT BAYI DALAM LUBANG TANDAS.

  • Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar.Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar.
 1 / 1 
KUALA KANGSAR - Sadis dan kejam, seorang bayi perempuan dibuang ke dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar sejurus selepas dilahirkan.

Lebih menyedihkan, mayat bayi malang tersebut dijumpai orang awam sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam tandas terbabit, dia ternampak banyak darah di atas lantai.

"Pada mulanya saya nampak ada darah banyak di depan tandas. Saya ingatkan itu darah haid, tak sangka pula itu darah orang yang membuang bayi," katanya ketika ditemui di sini.

Wanita itu berkata, ketika berada dalam tandas, dia melihat satu tandas berkunci sebelum terdengar bunyi sesuatu terjatuh.

"Saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dalam tandas itu disusuli orang menjirus air dengan banyak dan ada darah banyak juga," katanya.

Dia yang berkunjung ke pasar tersebut untuk membeli kelengkapan menyambut lebaran berkata, beberapa minit selepas keluar dari tandas terbabit, dia nampak orang ramai mengerumuni kemudahan awam tersebut.

Katanya, dia yang kembali meninjau keadaan di tandas itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi dalam lubang tandas di situ.

“Saya pasti kejadian yang saya lihat tadi adalah waktu ketika wanita itu sedang cuba untuk membuang bayi.
“Jika saya tahu pada waktu itu ada orang buang bayi, saya akan ketuk pintu kuat-kuat dan paksa wanita itu keluar dari tandas itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, bayi perempuan cukup sifat yang baru lahir itu dijumpai dalam tandas terbabit pada kira-kira jam 10 pagi pada 28 Julai lalu.

“Berat bayi itu mungkin dalam lingkungan tiga kilogram dan ketika dijumpai, tali pusat masih melekat pada badannya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang cuba untuk mengesan orang yang membuang bayi itu.
“Maklumat kes telah dimaklumkan kepada pihak hospital dan ketua kampung untuk menjejaki individu terbabit,” katanya. - Sinar

Read more…

Wednesday, July 30, 2014

JANGAN AGUNG-AGUNGKAN HITLER, KENALI HITLER YANG SEBENARNYA




JANGAN AGUNG-AGUNGKAN HITLER, KENALI HITLER YANG SEBENARNYA

JANGAN AGUNG-AGUNGKAN HITLER, KENALI HITLER YANG SEBENARNYA | Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya.

Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.

Peringkat-Peringkat Kepimpinan Diktator Hitler

Adolf Hitler adalah seorang tentera biasa yang cuma mempunyai suara yang kuat yang lantang. Walaupun kurang kacak dan tidak tinggi, tetapi kenaikan posisinya dari tentera biasa sehingga menjadi Fuhrer dalam Parti Nazi amat mencurigakan sesetengah pihak.

Kenyataan ahli-ahli sejarah yang dikutip Wikipedia yang mengatakan kepimpinan Nazi memilih Hitler memimpin kerana semangat juang dan kebijaksanaan berpidato langsung tidak boleh diterima. Ia hanyalah kenyataan untuk menutup konspirasi asal bagi merealisasikan semua perancangan Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2.

Hitler tidak sahaja menerajui tampuk tertinggi parti malah berjaya pula memenangkan hati rakyat dan dalam masa yang sama meranapkan parti-parti penentang dengan kejam yakni membunuh mereka sekali gus.

Berikut ialah peringkat kepimpinan Hitler;

1. Bekerja posmen Kem Infantri Regim Bavaria
2. Dilantik sebagai Lans Koperal - Pasukan Pertahanan Jerman
3. Menyertai GWP sebagai perisik
4. Dipilih memimpin GWP dan bertukar kepada Nazi
5. Pada 1932, Parti Nazi memenangi majoriti kerusi di Reichstag
6. Dalam tahun yang sama, Hitler menyebarkan propaganda Parti Komunis

Lelaki-lelaki di belakang Hitler

Maksud di sebalik peperangan ialah kos iaitu kos makan minum tentera, kos pakaian, kos minyak, kos pengeluaran senjata, kos pembinaan enjin, kos gaji buruh, kos gaji jurutera dan sebagainya. Maka Hitler tidak bergerak sendiri atas kebolehan berpidato semata-mata. Kos untuk melaksanakan dasar yang dipidatokannya sudah pun diatur penajanya.

Adolf Hitler sama peranannya dengan Napolean Bonaparte yang menjadi boneka Illuminati bagi mencetuskan peperangan-peperangan yang berterusan. Sebagaimana Napolean, Hitler tidak dapat bergerak tanpa sokongan dari orang-orang ‘besar’ dari belakang. Mereka sudah pastilah billionaire-billionaire yang sudah bersedia menaja segala macam tindak-tanduk Hitler dalam Perang Dunia Ke-2.

Penaja utama yang menerajui persiapan Hitler menghadapi perang sudah pasti Dinasti Rockefeller. Syarikat minyak Rockefeller ketika itu pemangkin utama kerajaan Jerman dalam operasi pemprosesan minyak dan gas bagi kegunaan kementerian pertahan Jerman.

Di dalam laporan dari Commercial Attache, kedutaan Amerika di Berlin pada Januari 1933, Amerika mengakui syarikat minyak Rockefeller menyumbang berbillion-billion dollar keuntungan kepada kerajaan Nazi di Jerman.

Sesuatu yang disembunyikan sejarawan barat ialah Jerman telah mengeksport gas sintetik yang tahan lama untuk digunakan jentera-jentera tentera dalam peperangan besar. Ironiknya, gas sintetik jenis hidrogen itu dihasilkan diimport oleh Amerika untuk kegunaan makmal milik syarikat minyak Rockefeller di New York. Amerika Syarikat mengimport hampir 85 peratus keseluruhan keluaran gas tersebut dari Jerman pada 1934.

Sebelum berjaya menguasai kepimpinan Parti Nazi, Hitler telah menjemput Rudolf Hess dan Hermann Goering ke rumahnya serta beberapa pemimpin tertinggi parti. Perjumpaan ini didedahkan dalam satu akhbar Jerman iaitu Preussiche Zettung pada 3 Januari, 1937.

Antara lelaki lain yang disyaki membantu Hitler secara individu ialah Sir Henry Deterding iaitu salah seorang CEO Royal Dutch Shell. Hitler dilaporkan menerima sumbangan peribadi daripada Deterding sebanyak 55 juta pound sterling. Deterding juga ketika itu digelar sebagai “The Most Powerful Man in the World” bagi kebanyakan akhbar-akhbar dunia.

Pada 1932, seorang ahli kongress Perancis iaitu Paul Faure telah membongkar kepada akhbar bahawa sebuah firma perniagaan di Perancisi iaitu Schneider-Creuzot telah menyumbang dana rahsia kepada Adolf Hilter. Paul Faure mendakwa Hitler telah menerima sumbangan dana peribadi sebanyak 300,000 swiss gold franc.

Selain itu, seorang ahli perniagaan iaitu Fritz Tyssen dari New York disyaki antara penyumbang dana peribadi kepada Hitler bagi memastikan Hitler menguasai Parti Nazi. Tyssen juga dilaporkan penaja kewangan peribadi kepada agennya di Jerman iaitu Rudolf Hess bagi menyertai rundingan bersama Hitler.

Di antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler bolehlah diringkaskan seperti berikut:

1. Siemens and Halske (Jerman)
2. General Motor (Amerika)
3. Osram (Jerman)
4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)
5. Royal Dutch Shell (Jerman)
6. National City Bank of New York (Amerika)
7. German General Electric (Jerman)
8. JP Morgan (Jerman)
9. Ford Motor Company (Amerika)
10. Bank of Manhattan (Amerika)
11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)

Kesimpulan

Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah agen Illuminati yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti.

Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah rasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.

Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis.

Read more…

ANDA TIDAK PERNAH SANGKA YANG RAKYAT BANGLADESH SEORANG…SEBELUM MENJADI BURUH DI MALAYSIA



Anda Tidak Pernah Sangka Yang Rakyat Bangladesh Seorang…Sebelum Menjadi Buruh Di Malaysia | Pada tahun 1973, pejuang Bangladesh menyertai rakyat Mesri, Syria dan Palestin menentang Israel semasa Perang Oktober. Mengikut Fathi Abu al-Aradat “Terdapat sekitar 1000 hingga 1500 daripada mereka. Terdapat juga Batalion-batalion yang semuanya adalah warga Bangladesh”

Pada tahun 1980, terdapat beribu-ribu rakyat Bangladesh datang ke Lubnan sebagai sukarelawan dan menyertai pejuangan Palestin. Menurut Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, pada tahun 1987, kerajaan Bangladesh dilaporkan telah menawarkan seramai 8000 belia untuk menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin. Penawaran tersebut berlaku selepas lawatan Yasser Arafat ke negara tersebut.

Laporan itu juga menyatakan beberapa tokoh tentera Bangladesh telah dihantar ke Palestin untuk mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.

Setiausaha Fatah, Fathi Abu al-Aradat memberitahu Al-Akhbar “Saya masih ingat mereka ini sangat berdisiplin. Mereka mempunyai semangat yang luar biasa. Apabila Israel menyerang dan menawan beberapa pejuang Bangladesh, mereka berkata ‘PPP, tidak kepada Israel’ walaupun diseksa dengan teruk. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan pejuang lain.”

Ziyad Hammo, seorang pegawai PFLP-GC memberitahu “Mereka mempunyai bakat ketenteraan tetapi banyak bertugas sebagai pembawa senjata dan penjaga pejabat tertentu. Tetapi jika mereka dikehendaki berjuang, mereka akan berjuang.”

Kamal Mustafa Ali warganegara Bangladesh pernah digelarkan sebagai ‘wira yang syahid’. Beliau bersemadi di pinggir Kem Pelarian Shatila. Di atas batu nisan beliau, terukir ayat al-Quran

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”


Kamal Mustafa Ali syahid semasa pertempuran menentang Israel di ‘Castle of the High Rock’, terletak di wilayah selatan Nabatiyeh yang diperintah oleh Kerajaan Lubnan.

Pada tahun 2004, kubur Kamal Mustafa Ali telah digali dan mayat beliau telah dihantar pulang ke Bangladesh dan disemadikan disana sebagai mengingati pejuang beliau menentang Israel.

Read more…

PROSES RAKAMAN FILEM DEWASA DI EROPAH ( 8 GAMBAR )

Di negara barat dan Eropah, industri filem porno adalah industri yang sah di sisi undang-undang. Industri ini biasanya menjadi jalan pintas bagi para bintang yang tidak berbakat dalam lakonan untuk menjadi terkenal.


Jadi bagi yang bernasib baik, ia akan menjadi bintang terkenal dan memperoleh bayaran besar, namun bagi yang tidak, dirinya akan tetap menjadi 'pekerja biasa' yang akan melakukan adegan seks dengan sesiapa sahaja pun sesuai tuntutan peranan dan senario yang telah diatur oleh produser dan sutradara. Dan parahnya, adegan yang mereka lakukan akan ditonton oleh banyak orang (yang membeli video porno).

Beberapa gambar dibawah ini merupakan rakaman lensa pembuatan filem porno di set penggambaran. Bagi pasangan suami isteri, melakukan (maaf) adegan seks adalah nikmat. Namun bagi para bintang porno, seperti yang mereka sering katakan, sejujurnya adalah tidak ada kenikmatan sama sekali saat mereka (mau tidak mau) harus melakukan adegan yang tak senonoh bersama pasangan yang tidak mereka kenal secara peribadi!


Bintang porno sedang bersiap-siap sebelum penggambaran


Proses penggambaran


Sutradara dan jurukamera melakukan penggambaran adegan

Para artis dan kru berehat setelah penggambaran

Bagaimana boleh disebut ini pekerjaan yang mengasyikkan? Kerana mereka melakukannya di hadapan banyak orang yang melihat secara langsung!

Read more…

CONTOH..!! BAIKNYA HATI!! AWAL ASHAARI TUMPANGKAN BANGLA KE MASJID




Sejak bergelar bapa, semakin berseri-seri wajah pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari.

Di sebalik kegembiraannya di atas kelahiran cahaya mata perempuan pada 22 Julai lalu, Awal turut tidak ketinggalan berbuat kebaikan yang sangat-sangat dituntut oleh mana-mana agama pun.

Walaupun berlainan bangsa dan budaya, Awal tidak segan-silu menumpangkan enam lelaki warganegara Bangladesh yang ditemuinya berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal lalu.

Memang mulia perbuatan Awal yang seharusnya dicontohi oleh semua orang di luar sana.

Memang bertuah enam lelaki yang dapat tumpang kereta Awal, bukan calang-calang orang, selebriti popular tu!

Apa-apa pun ‘thumbs up’ buat Awal!

Read more…

KELAKUAN KURANG SOPAN, BIADAP CHACHA MAEMBONG DITEGUR



Cakap pasal hormat, Cik Pang nak tegur sikit pelakon baru muda jelita, Chacha Maembong yang dengarnya ‘kurang sopan’ dengan kru dan pelakon lebih berusia dengannya, sebelum ini.

Sebenarnya ramai juga meluahkan rasa tak puas hati terhadap adik pelakon popular Emma Maembong ini. Malah, bukan sekali dua Cik Pang dengar cerita hampir sama. 

Antara rungutan yang sering melekat di telinga Cik Pang pasal si gadis belasan tahun ini ialah sikap sombongnya dengan pelakon lain dan kru, suka merengek serta manja berlebih-lebihan dengan pengarah. 

Malah, ada juga insiden dia dilihat sengaja menghayun beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai, manakala si pelakon yang menjadi mangsa berpakaian lebih cantik daripadanya.

Itu belum lagi kisah insiden pernah kehilangan telefon bimbit atas sebab kecuaian sendiri tetapi disalahkan orang lain. 

Paling Cik Pang tak berkenan, lepas buat kesalahan, tak pandai nak ringankan mulut minta maaf atau ada rasa bersalah dalam diri sendiri. Kalau ya pun bukan disengajakan, rasanya tidak salah meminta maaf, kan? 

Terbaru, Cik Pang dengar cerita Chacha mula ditegur beberapa pengarah dan kru kerana tidak menjaga penampilan diri sehingga nampak berisi di skrin. Pendek kata, Chacha nampak gemuk dalam skrin. 

Walaupun isu mahu gemuk atau tidak itu hak individu, tapi kalau orang mula tegur tetapi langsung tidak mahu diendahkan, rasanya ia bukan lagi berkaitan masalah ‘hak’ tetapi lebih kepada masalah sikap ego dan diva tak bertempat. 

Orang mungkin tak kenal siapa Cik Pang secara zahir tapi sebagai pemerhati yang lebih dua dekad berada dalam industri, cuma nak nasihatkan, sebagai orang baru dalam industri seni, kena ada sikap rendah diri dan jangan terlalu bersikap diva melampau hanya kerana nama popular atau sering jadi pilihan stesen TV. 

Bukan apa, kalau orang menyampah tahap ‘dewa’, takut beri kesan pula pada hubungan sesama golongan anak seni kemudian hari. 

Lagipun, sebagai orang muda dan perlu timba lebih banyak ilmu dalam bidang ini, seelok-eloknya ada sikap keterbukaan untuk terima teguran dan belajar daripada kesilapan.

Read more…