[x]

Sunday, November 30, 2014

10 GAMBAR YANG AKAN MENGELIRUKAN MATA ANDA!

jom lihat...pening2...


















Read more…

KANTOI! GURU BERTUDUNG MEMAKSA PELAJAR 16 TAHUN HUBUNGAN INTIM DALAM KERETA


Sungguh memalukan,seorang guru perempuan bertudung dari Prospek Park, di New Jersey, Amerika Syarikat (AS),ditahan polis kerana memaksa pelajar berusia 16 tahun untuk melakukan hubungan intim dalam kereta.

Daily Mail melaporkan Hardan yang merupakan guru ganti telah melakukan jenayah hubungan intim paksa dengan remaja dari Manchester Region

Pasukan penyiasat berkata, insiden itu berlaku Khamis (20/11/2014), di Wayne, New Jersey Namun,butiran mengenai insiden dan mangsa itu tidak didedahkan.

Menurut NorthJerysey.com, guru bertudung ini bertemu dengan pelajar tersebut di luar waktu sekolah lalu dia membawa pelajar ke sebuah lokasi di Wayne. Hubungan s#ks berlaku di dalam kereta guru tersebut di sebuah tempat parkir.

Hardan bakal menghadapi tuntutan hukuman penjara selama 17 tahun jika terbukti bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Read more…

KEJADIAN YANG CUKUP LUAR BIASA BERLAKU DI MASJID NABAWI [VIDEO]


 Dengan teknologi canggih Payung gergasi ini,persekitaran Masjid Nabawi kini teduh dan membuat pengunjung beribadat dalam keadaan lebih selesa.Dengan suhu Madinah yang mencecah 49 darjah Celsius setiap hari, pembinaan payung hidraulik merupakan jalan penyelesaian terbaik melindungi lantai marmar daripada cahaya matahari yang terik.

BAGI umat Islam di tanah air yang pernah menunaikan haji dan umrah, Masjid Nabawi di Madinah pasti menjadi destinasi persinggahan dalam melengkapkan ibadah selain Masjidil Haram, Mekah.

Masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW selepas Masjidil Haram pasti menjadi destinasi wajib bagi kira 3.5 juta jemaah haji setiap tahun.

Sejak dibina pada tahun pertama hijrah, Masjid Nabawi telah melalui pelbagai fasa perubahan terutama daripada struktur binaan masjid untuk keselesaan para jemaah.

Terbaharu, masjid itu telah dilengkapi dengan sistem payung hidraulik yang memenuhi ruang lantai marmar di bahagian luar masjid.

Mahmoud Bodo Rasch, 70, merupakan individu penting dalam pembinaan payung hidraulik gergasi tersebut. Terkenal dengan gelaran Arkitek Allah, Mahmoud juga terlibat dalam beberapa projek besar di Mekah dan Madinah antaranya, menara jam Abraj Al Bait, rekaan khemah kalis api di Mina dan rekaan bahagian mimbar Masjidil haram.

Rakyat Jerman yang memeluk agama Islam sejak 30 tahun lalu itu mula menyumbang idea untuk membuat payung gergasi yang mudah dilipat pada tahun 1992.

Sebanyak 250 payung hidraulik setinggi 20 meter dipasang di pekarangan Masjid Nabawi yang meliputi keluasan kira-kira 150,000 meter persegi.

Diprogramkan
Apabila payung itu mula dibuka pada setiap pagi, ia kelihatan seperti bunga yang sedang berkembang. Ia juga telah diprogramkan untuk dibuka dan ditutup mengikut urutan agar pergerakan bukaan payung tidak bertembung.

Selain itu, operasi pembukaan dan penutupan payung itu senyap tanpa bunyi dan ia juga sejajar dengan perubahan suhu harian.

Pada musim panas, payung tersebut akan memantulkan cahaya matahari ke ruang udara. Pada waktu malam, payung tersebut akan menyerap haba panas daripada lantai masjid untuk mengekalkan suhu sejuk pada lantai pada waktu siang.

Projek payung hidraulik itu juga berjaya mengurangkan suhu waktu siang di Masjid Nabawi sebanyak 10 darjah Celsius. Ia juga memberi keselesaan kepada jemaah sekali gus mereka dapat melakukan ibadat dengan khusyuk sepanjang musim haji dan umrah.


Payung bersaiz besar itu juga dapat melindungi jemaah khususnya warga emas dan uzur yang beribadat di luar masjid pada waktu siang daripada terkena panahan cahaya matahari.
                                                                  
                                                                    Lihat video ini

                                                                     

Read more…

Kecoh Di media sosial Wanita ini Kantoi Curi Barang Pengantin


Seorang wanita telah berjaya ditangkap oleh sebuah keluarga pengantin gara-gara menceroboh ke majlis perkahwinan tanpa sebarang undangan mahupun jemputan.

 Kejadian yang berlaku di Jalan Bilal Karim, suspek didakwa telah menceroboh di sebuah majlis perkahwinan yang sedang berlangsung ketika perarakan sedang dijalankan semalam.

Anak keluarga pengantin pada ketika itu mahu mengambil barang dalam sebuah bilik tetapi berkunci. Setelah mengetuk beberapa kali, barulah pintu bilik dibuka dan wanita yang tidak dikenali itu muncul di depan pintu.


Setelah disoal siasat, suspek memberikan alasan menumpang sembahyang di dalam bilik itu. Namun yang peliknya, tiada seorang pun yang mengenali wanita terbabit. Tiada undangan juga yang diberikan kepadanya untuk hadir ke majlis itu.

Suspek dipercayai cuba mencuri barang-barang milik pengantin dan dia turut ditemani oleh seorang lagi rakannya yang telah selamat melarikan diri.

Read more…

Kantoi! Guru Renang Ambil kesempatan Terhadap Awek Cantik Yang Belajar Berenang Di Kecam Hebat


Seorang pelajar perempuan mengalami saat-saat memalukan apabila seorang guru lelaki bertindak mengheret dan memaksanya untuk masuk ke dalam kolam renang bagi menjalani latihan renang.

Menerusi rakaman telefon bimbit dari rakannya yang berada di tempat kejadian, gadis yang enggan dirinya didedahkan namanya itu dikatakan enggan menjalani latihan renang seperti biasa membuatkan guru berkenaan bertindak menarik kedua tangannya serta cuba menolaknya masuk ke dalam kolam renang tersebut.

“Saya sangat kecawa dengan tindakan dia. Ia buat saya rasa mahu menangis bila saya lihat video saya itu. Saya rasa malu dan marah kerana dia memperlakukan saya sebegitu di hadapan semua pelajar. Dia juga telah sentuh payudara saya,” kata pelajar terbabit.

Menerusi rakaman telefon bimbit durasi 95 saat, mangsa dilihat diheret ke dalam kolam renang oleh guru lelakinya sementara rakan-rakan yang lain cuba menghalang dan membantunya dengan memuat legan dan tangan pelajar itu.

“Kita tidak akan terfikir seorang guru akan melakukan tindakan seperti itu kepada anak kita bila anak kita ke sekolah,” luah ibu pelajar tersebut.

Guru lelaki berkenaan yang dikenali Denny Peterson kini berdepan dengan tindakan tatatertib dan undang-undang membabitkan pelanggaran undang-undang dan mendatangkan kecederaan kepada pelajar.


Read more…

Saturday, November 29, 2014

Misteri Sebenar Pusara Di Lebuh Raya Utara Selatan Terungkai

Info Misteri. Malam Jumaat itu selepas pulang daripada kerja, saya merasa amat bosan dengan suasana hiruk-pikuk di ibu kota Kuala Lumpur.

Gambar hiasan.

Kira-kira pukul 10.00 malam selepas berehat seketika, saya memutuskan untuk pulang menziarahi ibu bapaku di kampung.

Seperti selalu, saya sering bertolak dari Kuala Lumpur sendirian selewat-lewatnya pukul 12.00 malam.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal, saya memulakan perjalanan dari Kampung Baru dan memasuki lebuh raya di Kepong.

Lebih kurang dua jam perjalanan, saya singgah sebentar di Hentian Rehat Tapah untuk mengisi minyak. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi.

Malam itu, jalan sunyi tidak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak, saya meneruskan perjalanan.

Saya berhenti di tepi jalan selepas exit Hulu Berang. Saya mematikan enjin motosikal di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuh raya.

Semasa berhenti, saya berasa tenang dan damai kerana jalan sangat sunyi dan damai kerana jalan sangat sunyi dan lengang. Kiranya saya boleh memecut motosikal tanpa risau.

Sambil duduk di atas pembahagi jalan menghadap motosikal, saya mengeluarkan sebatang rokok. Jam ditangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi.

Cuaca semakin sejuk walaupun saya memakai jaket kulit. Sesekali di sebelah sana jalan menghala ke Kuala Lumpur, kereta melintasiku.

Jalan raya mula berkabus seolah-olah saya sudah melepasi Terowong Menora di Ipoh. Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk, saya campakkan ke atas aspal.

Saya menoleh ke belakang. Ah..ketika itu saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Saya tergamam seketika, terpaku dengan pemandangan disajikan.

Saya kelipkan mata, menggosok-gosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan. Tapi apa yang saya nampak masih berada di situ. 

Ya..saya bukannya bermimpi..

Dalam kesamaran cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi lebuh raya itu, saya melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukau dihadapanku.

Langsung tidak ada sebatang pokok pun yang berada di atas bukit tersebut kecuali ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceratuk di sana-sini.

Saya nampak jelas dengan bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada tiga buah bukit yang dipenuhi batu-batu nisan lama. Ketika itu, saya langsung tidak berasa seram atau takut.

Saya hanya berasa sedikit pelik kerana setahu saya, tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua saya menggunakan jalan ini.



Gambaran penulis misteri kubur yang dilihatnya pada malam kejadian.
Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak mindaku. Apakah ini khayalan atau realiti?

Saya perhatikan ke segenap ruang selagi mataku mampu melihat. Sungguh, ia adalah perkuburan lama yang telah berusia dipenuhi dengan batu-batu nisan yang senget dan berceratuk di serata pelosok bukit. Tapi, ini tanah perkiburan siapa?

Kira-kira 10 hingga 15 minit saya terpaku sendirian di situ. Saya merasa amat takjub! Memang saya sedar, tiada sebarang kenderaan yang lalu-lalang.

Selepas itu, saya perlahan-lahan berundur ke arah motosikal. Mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan sambil mata tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan tersebut.

Katika itulah saya terasa seram sejuk dan bulu tengkuk meremang secara tiba-tiba. Argh! Alamatnya ini petanda..

Lalu saya hidupkan enjin motosikal dan tanpa menoleh lagi saya terus memecut. Sepanjang perjalanan, tidak putus-putus soalan demi soalan menerjah dalam fikiranku. Kubur siapakah itu?

Saya hairan sebab baru tadi berasa seolah-olah berada di sebuah perkuburan yang sangat asing.

Ribuan batu-batu nisan yang senget dan berceratuk di serata pelosok bukit adalah sesuatu yang luar biasa, yang tidak pernah saya saksikan.

Setelah tiba di rumah, saya tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Hanya pada keesokan paginya barulah saya cuba bertanya tentang kewujudan tanah perkuburan itu.

Ayah pun terkejut dan menegaskan memang tiada sebarang perkuburan Islam begitu terdapat di tepi Lebuh Raya Utara Selatan.

Jadi, kubur siapakah yang saya lihat malam tadi?

Barulah saya mengucap syukur. Saya yakin telah diberi peluang seketika oleh Allah untuk melihat 'dunia lain' buat sementara waktu ketika berseorangan.

Sehingga kini, setiap kali tiba ditempat kejadian, saya cuba mengingat semula pemandangan menakjubkan apabila disajikan dengan ribuan batu-batu nisan berceratuk memenuhi tiga buah bukit.

Subhanallah! Allah Maha Besar. Hanya Dia yang lebih mengetahui kewujudan ciptaan-Nya.

*Kisah benar yang misteri ini adalah seperti yang telah disiarkan di laman forum Carigold dan majalah Mastika.




Read more…

Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

Info Misteri. Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.


Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai 'Adam Bridge'. 

Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.



Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.

Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.

Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).



Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan.

Selain 'Adam Bridge', terdapat dua lagi penemuan arkeologi yang terkenal yang dikategorikan sebagai OOPART. 

Crystal Skull



Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau 'Crystal Skull' yang merupakan artifak peninggalan bangsa Maya di Yakatan, Mexico.

Seperti yang sudah diketahui ramai, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan Bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012 yang lalu. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini.

Namun, selepas penemuan Tengkorak Kristal, ramai ahli arkeologi merasakan terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna kerana tengkorak ini dihasilkan daripada batu permata Amesthyst. 

Soalnya, sejauh manakah bangsa Maya ketika itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia sedangkan manusia di zaman teknologi sekarang pun amat sukar untuk mengukir batu permata ini?

Tulisan Hiroglif Mesir Kuno



Selain artifak purba Maya, satu lagi penemuan yang dianggap sebagai OOPART adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi. 

Yang peliknya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman ini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang mungkin wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini kekal menjadi tanda tanya kerana pesawat pertama yang dicipta di muka bumi hanya berlaku pada abad ke 16 yang dicipta oleh dua orang adik-beradik, Orville dan Wilbur Wright.

Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun.

Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat, perkara ini adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman.



Read more…

OMG! Pemandu Wanita Lagi!

Info Fakta Tentang Wanita. Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.


Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka.

Cekap dan tangkas

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita. Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Tertib sepanjang masa

Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap. Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.

Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan. Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

Kaki gagap

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta. Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

Teragak-agak

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat. Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1. Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

Banyak fikir

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak. Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.

Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.

Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan ­gugup, saya suka berbual dengan guru memandu. Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai. Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh

Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.
Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.
Pilih posisi selesa sebelum memandu.
Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.
Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.
Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.
Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.
Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.
Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.
Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!


Read more…

Pelik! Wanita ini Menyesal Jadi Cantik?


Mempunyai wajah cantik ternyata tidak selalunya menyenangkan. Pengalaman itu dirasakan penyampai sukan, Katarina Sreckovic. Bahkan, ia mendakwa kerap diusir dari tepi padang.

Katarina, yang diarah sebagai hos sebuah kelab Serbia, Red Star Belgrade, menceritakan pengalamannya yang kurang menyenangkan.


Kerana memiliki wajah yang cantik, para pemain Red Star mengakui tumpuan mereka terganggu ketika Katarina berada di tepi padang. Bahkan, para pemain Red Star sukar menjawab soalan wanita berusia 25 tahun itu semasa sesi wawancara.


Katarina mendakwa merasa khuatir kehilangan pekerjaan yang sememangnya diimpikannya sejak sekian lama. beliau adalah salah seorang peminat Red Star Belgrade sejak dahulu lagi.


"Saya akui pada mulanya memang menjadi sebuah masalah, tapi saya fikir kini mereka mulai terbiasa kepada saya. Pada mulanya memang sukar, kerana ia kelihatan seperti mereka tak boleh bekerja sama dengan saya," katanya, yang dilaporkan oleh Daily Mail.


"Saya juga sering dihalau pergi dari tepi padang kerana tumpuan pemain terganggu," beliau mengakhirinya.



Read more…

Tergempar!!! "Kisah Disebalik Jambatan Untuk Orang Bunian Di Port Dickson"

Oklah untuk pengetahuan korang, Jambatan ni terletak di lebuhraya Port Dickson.Dikatakan Jambatan ini dibina khas untuk orang bunian (JIN) melintas jalan, kenapa begitu? kerana menurut sumber kawasan ini tempat laluan orang bunian.. setelah kerap berlaku kemalangan di kawasan ini maka pihak berwajib telah membina jambatan ini bagi memberi laluan kepada orang bunian mengunakannya.. Betulkah begitu?? WALLAHUALAM.. 

Yang membuatkan ianya lebih menarik, jambatan ini sebenarnya tiada laluan seperti jambatan-jambatan lain yang mempunyai laluan untuk kenderaan lalu lalang diatasnya.. di penghujung kiri dan kanan jambatan ini dilihat penuh dengan semak samun menutupi laluan dan ianya tersekat disitu.. Jadi kalau tiada laluan kenapa dibina jambatan tu kan, pelik sungguh?

Oklah kalau korang nak baca kisah selanjutnya tentang misteri jambatan bunian ni korang boleh terjah kat blog ni FANADYALICIOUS.BLOGSPOT.COM sebab gambar-gambar yang akan Nh paparkan dan kisah mistik ini diambil dari blog beliau.. jom layan gambar jambatan yang masih menjadi tanda tanya dan misteri yang masih belum terungkai...











Macam mana? korang dah lihat sendiri jambatan ini kan? apa pendapat korang? Nh tahu korang semua lagi arif tentang memberi pandangan dan pendapat.. jadi apa salahnya kita berkongsi pendapatkan? adeh berapa banyak pendapat daahh.. ahah..

Apapun Nh taknak korang percaya seratus peratus kisah misteri jambatan bunian ni, sebab kita belum tahu kesahihannya.. Memang kita sendiri akui yang makhluk ghaib itu wujud.. kita sering dengar cerita dari orang lama satu tika dulu, jika ada penduduk yang ingin membuat kenduri, pasti ada yang meminjam pinggan magkuk dari orang bunian.. betul ke? jadi apa pulak kena mengena dengan jambatan ni? adakah orang bunian itu meminta dibuatkan sebuah jambatan untuk mereka? Wallahualam... Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..

Read more…

Thursday, November 27, 2014

14 GAMBAR PALING ‘EPIC’ YANG DIAMBIL TEPAT PADA WAKTUNYA

Di bawah kami paparkan beberapa gambar dengan gaya paling epik yang pernah popular di internet dan sememangnya ia diambil secara kebetulan dan tidak disangka-sangka.

1.
2.
3.
4.
5.



6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Read more…

CERITA DISEBALIK JANDA BERNAMA NORA YANG MEMBUATKAN ANDA SENTAP SEKETIKA

 Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Nora masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Nora tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Gambar sekadar hiasan.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Nora bangun dari tidurnya.

Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Nora merasa begitu dahaga sekali…

Nora bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di dapur…Nora langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Nora menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut….

Nora kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Nora , seorang janda yang kehausan…

Hahaha..jangan marah!!..

Read more…