[x]

Sunday, November 23, 2014

Gempar! Rider Maut, Putus Tangan Dan Kaki Dalam Kemalangan Di KM61.5 Kluang


Video Rider Maut, Putus Tangan Dan Kaki Dalam Kemalangan Di KM61.5 Kluang | Seorang penunggang motorsikal berkuasa tinggi telah disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di KM 61.5 Kluang, lebuh raya Utara Selatan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.40 pagi tadi, penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai gagal untuk mengawal kenderaannya selepas sebuah kereta di hadapannya menukar laluan secara tiba-tiba.
Mangsa yang dikenali Suhaizim Mohamed Noor sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta lalu terbabas ke pembahagi jalan.


Mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 itu putus tangan serta pergelangan kaki kiri akibat terlanggar besi penghadang jalan. Mangsa maut di tempat kejadian.


0 comments:

Post a Comment