[x]

Tuesday, December 16, 2014

13 NAMA TEMPAT PELIK DI MALAYSIA, NO 7 ADALAH YANG PALING PELIK!!


13 NAMA TEMPAT PELIK DI MALAYSIA, NO 7 ADALAH YANG PALING PELIK!!


1. Kampung Bogel, Terengganu
Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya...
Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi...






2. Batak Rabit, Perak
Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874...
Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah...




3. Kampung Dada Kering, Pahang
Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar..
Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup...






4. Desa Temu Jodoh, Johor
Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor...
Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng...


Antara papan tanda yang terdapat di Desa Temu Jodoh...






5. Kampung Imam Lapar, Terengganu
Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran...

Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran...






6. Kampung Seronok, Pulau Pinang
Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun...

D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung...








7. Kampung Baru Jumpa, Sabah
Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah...






8. Kampung Atas Tol, Terengganu
Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air...


Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya....






9. Mambang Di Awan, Perak
Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka...
Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan...








10. Kota Sarang Semut, Kedah
Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah...

Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut...






11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan
Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh...

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan)...




12. Batang Melaka, Melaka
Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan...

Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960’an....







13. Jalan Microwave, Sabah
Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat tanda jalan raya untuk tertawa ria: Jalan Microwave di KM177 ...

Read more…

9 GAMBAR PENGALAMAN NGERI BEKERJA DI PELANTAR MINYAK SABAH


Bagi sesetengah orang khususnya orang muda seringkali menganggap & membayangkan kerja Offshoe atau nama 'sainsnya', Oil and Gas di tengah-tengah laut adalah pekerjaan yang sangat menyeronokkan.

Ditambah pula dengan gaji yang diterima adalah sangat lumayan. Paling minima jumlah pendapatan setahun, RM50,000. Kira-kira RM4,000 sebulan. Ini sudah cukup menguntungkan. Tempoh bekerja pula, dua minggu di pelantar, dua minggu di daratan (kalau tak ada panggilan kerja. Kalau ada, kaki baru je jejak darat, dah dipanggil kerja di pelantar lain pula).

Namun, ia bukan seperti yang digambarkan. Bekerja di pelantar minyak sudah pasti ada risikonya. Di bawah adalah gambar-gambar pengalaman seorang pekerja offshore di Pelantar Minyak di Perairan Sabah.










Read more…

Kisah Polis Trafik Menjadi Viral Di Facebook!


Baru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar di laman Facebook yang dimuat naik oleh Jay Sheelan.

Jay Sheelan, menceritakan bagaimana seorang anggota polis trafik yang baik hati telah menolong isterinya menukar tayar keretanya yang pancit di tengah-tengah ibu kota yang pada waktu itu tengah sesak.

Mungkin kita sudah terbiasa mendengar polis trafik membantu pengguna jalan raya yang keretanya rosak. Tetapi, kisah yang berlaku pada Jay ini, amat menyentuh hati walaupun sekadar pertolongan yang kecil.

“Isteri saya telefon ketika saya sedang memandu di Jalan Kuching dan mengadu mengenai tayar kereta pancit.

“Belum sempat saya tiba di lokasi, seorang anggota polis trafik telah menghulurkan bantuan dengan menukar tayar kereta yang dipandu oleh isteri saya.

“Setelah selesai, saya menawarkan wang upah kepada anggota polis trafik tersebut, namun dia menolaknya,” kata Jay.

“Hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula tolong orang lain,” ujar anggota polis trafik itu pada Jay.

“Saya terharu dengan apa yang dikata oleh beliau. Kepada anggota terbabit, saya tabik dan saya harap lebih ramai yang bersikap seperti beliau. Terima kasih encik Shamizon,” kata Jay dalam statusnya yang sangat menghargai pertolongan ikhlas anggota trafik itu.

Sikap yang ditunjukkan oleh anggota trafik ini patut dicontohi orang ramai. Sekali gus melahirkan masyarakat yang suka tolong menolong.


Read more…

Punca Sebenar Pelakon Putri Mardiana Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang


 “Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,” dedah sumber.
Menerusi ‘Whatsapp’ yang dikirim kepada Astro Gempak pada Ahad, sumber turut mendedahkan foto lelaki yang didakwa kekasih pelakon yang sinonim dengan filem seram tersebut.


“Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang).

“Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la…Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

“Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? ” luah sumber menerusi nota suara Whatsapp.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan yang seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram










Read more…

Monday, December 15, 2014

11 Gambar Meletop Fazura Di Facing Up To Fazura Yang Meletop!


 pelakon dan juga juri maharaja lawak mega 2014,nur fazura akan muncul dengan rancangan realiti tv terbaru berjudul Facing up to Fazura. 

rancangan facing up to fazura berkisar tentang kehidupan harian seorang pelakon dan juga usahawan,boleh dikatakan seperti keeping up white the karsashians

facing up to fazura akan bersiaran pada hari ahad,bermula 14 disember 2014 di channel E! (712 astro) jam 10 malam.

namun melalui rancangan HLive fazura dikatakan terkaku terdedah dan paling ketara memakai skirt pendek menampakkan pahanya.















Read more…